Bazar Raya NADI Gunung Semanggol
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniHari yang dinanti akhirnya tiba! Seawal pagi lagi, tapak bazar dah mula meriah dengan para usahawan yang penuh semangat membuka gerai masing-masing. Dari jauh dah nampak warna-warni tudung yang beraneka corak, kerongsang berkilauan, baju preloved yang masih cantik, dan yang paling menggoda – kuih raya yang harum semerbak!
Ramai yang datang, bukan sekadar membeli-belah, tapi juga merasai kemeriahan suasana Raya lebih awal. Ada yang sibuk memilih baju, ada yang tak lepas peluang borong kuih untuk raya nanti, dan ada juga yang sekadar menikmati juadah sambil bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan.
Bazar ini bukan saja berlangsung di Gunung Semanggol, tapi serentak di seluruh NADI Malaysia! Memang meriah habis! Terima kasih kepada semua yang sudi datang dan sokong usahawan tempatan kita. Jom kita teruskan semangat membeli sambil menyokong bisnes kecil!
#BazarRayaNADI #BazarRayaNADI2025
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: